Sembelihan menurut Mazhab Imam As-Syafie mestilah dengan memutuskan dua urat utama pada leher binatang yang berkenaan iaitu;
1) Urat Halkum (saluran pernafasan),
2) Urat Marih (saluran makanan). Kerana dengan putusnya kedua-dua urat berkenaan maka akan mudahnya haiwan berkenaan mati. Dalam Mazhab As-Syafie disunatkan turut sama memotong Urat Al-Wijdan iaitu saluran darah. Jika haiwan berkenaan pendek lehernya seperti lembu disembelih dihujung lehernya manakala jika panjang lehernya seperti unta disembelih dipangkal lehernya.
Berdasarkan Mazhab As-Syafie juga amalan yang sunat ketika menyembelih binatang korban adalah seperti berikut:
1.Mengadap Kiblat.
2.Membaca: "Bismillahi wallahu Akbar "بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَر.
3.MembacaSelawat
4.Membaca doa : أللهم هذا منك وإليك
5.Elok juga ditambah doa: أللهم تقبل مني كما تقبلت من إبراهيم خليلك
bacaan doa 4 &5 boleh admin bubuh baris atau bacaan dalam rumi..maaf saya tak tahu nak baca kalau takde baris
ReplyDeletesama la saya pun tak leh nak baca macam tu....ngaji tak abih hehe
ReplyDelete