Tuesday, March 31, 2009

KALBUN UMNO BUTA SEJARAH

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .
Posted by Ustaz Nasrudin Tantawi at 02:32 14 comments Links to this post
Thursday, 26 March 2009
SELAMAT BERMUKTAMAR
Muktamar Sanawi kali ke-76
PMRAM & HEWI PMRAM
25 & 26 Mac 2009
kepada:
Seluruh Ikhwah & Akhawat
anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Wednesday, March 25, 2009

SAMBUNGAN...MARI BELAJAR KAUNSELING...

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:
• Memahami diri dan situasinya;
• Mengenal pasti keperluannya;
• Menerima realiti hidupnya;
• Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
• Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
• Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari aspek ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.
PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut:
1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Saturday, March 21, 2009

BALASUNGKAWA

Pada tanggal 23 Rabiu’l Awwal 1430H/20 Mac 2009 (malam Jumaat) lebih kurang pukul 11.50 malam…telah kembali ke rahmatullah ‘Sang Murabbi kami’ Allahyarham Ustaz Hj Khairul Azhar kamaruddin (lebih dikenali sebagai Hj Khir-Negeri Sembilan)

Allahyarham adalah merupakan mantan Naqib kami dalam sof Kepemimpinan Badan Pengurus PMRAM (The Malay Students Assosiation in Arab Republic of Egypt). Sepanjang ‘sang Murabbi’ menaqibi kami dalam usrah…terlampau banyak ilmu pentarbiahan yang telah diajar dan dicurahkan kepada kami…

“CEPAT…TEGAS…PANTAS…” ketegasan dalam tarbiah cukup sinonim dengan diri Allahyarham. Pastinya kita semua (khusus kepada sahabat XBP) terkenangkan kembali segala jasa dan ilmu yang dicurahkan Allahyarham kepada kita semua…

Pastinya kenangan sama-sama makan nasi ‘mandi/hadramaut’ bersamanya di Markaz HEWI, Sami Foto atau di Pejabat PMRAM akan menjadi memori yang terpahat utuh dan sebati dalam diri kita semua…

SAMA-SAMALAH KITA MENGHADIAHKAN SEGUGUS AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM….

SEMOGA ALLAH MELETAKKAN ROHNYA BERSAMA-SAMA DENGAN ROH PEJUANG-PEJUANG AGAMA ALLAH SWT.

Wahai ‘sang Murabbi’ ku ingin ketemui mu di Al-Firdausi…!

Wednesday, March 18, 2009

BILA ORANG YG NAMPAK CERDIK SEBENARNYA TAK CERDIK MANA...

Kertas jampi di bawah meja Pak Lah? March 18, 09 3:44pm


Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tuesday, March 17, 2009

MARI BELAJAR ILMU KAUNSELING

PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pengertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti ‘rundingcara’ sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.


TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan kaunseling iaitu:
1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien.

Monday, March 16, 2009

10 TIPS UNTUK SEMUA...

10 TIPS BERKESAN
UNTUK MULAKAN KEHIDUPAN HARIAN ANDA
DENGAN CERIA, SERONOK DAN BERKAT !!!


1. Bangun seawal pagi ;
- dimulakan dengan bacaan doa bangun tidur, hadiahkan sekuntum senyuman untuk diri sendiri dan orang tersayang (terutama yang tidur di bantal sebelah tuu…)
- Kenapa perlu bangun awal pagi?
- Baik untuk kesihatan, khususnya jantung.sebab udara segar diwaktu itu!
- Orang yang bangun seawal pagi akan ‘murah rezeki’ (petua orang-orang tua/diambil daripada hadis Rasulullah saw)

Buat sedikit senaman ringan/regangan ketika bangun tidur ;

- Untuk meregangkan urat-urat dan saraf yang kurang berfungsi sewaktu kita tidur.
- Menggerakkan kembali sendi-sendi dan otot-otot yang kebanyakkannya kaku semasa kita tidur

2. Mandi dan berwuduk di awal pagi ;
- Elok untuk kesihatan dan awet muda! wajah menjadi berseri-seri dan ceria
- Muka bercahaya dengan Cahaya ‘Seri Wudu’
- Tubuh menjadi segar dan bertenaga, kulit menjadi tegang dan cantik
- Mendapat satu ‘anergi’ (kuasa/tenaga)semangat baru untuk hari tersebut

3. Pakai Sabun/bedak/wangian harum untuk menyegarkan tubuh kita ;
- Pakai pakaian yang cantik dan kemas (pastikan pakaian telah disterika malamnya lagi (tidak kalut jika terlewat bangun)
- SECANTIK-CANTIK PAKAIAN IALAH YANG MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA!
- Opss..PASTIKAN ANDA BELI PAKAIAN DARIPADA WANG YANG HALAL!
- Bagi menjadikan diri lebih ceria,segar,bersemangat dan bermotivasi

4. Solat subuh di awal pagi (seelok-eloknya berjamaah di masjid)
a. Menunaikan tanggungjawab kepada Allah yang menghidupkan semula kita selepas kita dimatikan buat sementara.
b. Tanda kehambaan kepadanya / hakikatnya bayar hutang kepada Allah!
c. Dapat menghirup udara segar seawal pagi yang cukup baik dan bertenaga kepada tubuh badan kita.
- Memulakan hari kita dengan ceria dan gembira bila dapat berjumpa dengan tetangga dan kenalan kita, dapat bertanya khabar dan berkongsi berita terbaru.

5. Berzikir dan membaca Al-Quran / mendengar bacaan Quran ;
(jika tak punya masa yang banyak pilihlah zikir yang ringkas dan baca surah-surah tertentu)
- Untuk mendapat ketenangan jiwa seawal pagi
- Dapat melupai segala masalah yang berlaku malam tadi atau semalam/kelmarin
- Contoh : baca ma’thurat ringkas (wazifah sughra) dan baca surah-surah tertentu
Contohnya : Surah Al-Wakiah (untuk murah rezeki)
: Surah Al-Fath (untuk dapat ketenangan hati)

6. Ambil sedikit sarapan ;
a. untuk alas perut/ baik untuk kesihatan
b. mulakan dengan Bismillah dan baca doa makan
- amalkan minum air susu suam, kurma dan JANGAN LUPA untuk ambil sedikit MADU! (sunnah Rasulullah)

PASTIKAN REZEKI YANG KITA DAN ANAK-ANAK KITA MAKAN DARIPADA SUMBER PENDAPATAN YANG HALAL!!
c. minum air suam banyak sedikit (amat baik untuk kesihatan)
d. sebaiknya minum air susu (tidak terlalu panas atau sejuk)

7. Hadiahkan senyuman untuk semua orang ; (terutamanya buat orang yang tersayang!)
a. Untuk menambah keyakinan diri bagi memulakan hari baru dengan penuh ceria dan bersemangat.



8. Bertolak awal ke tempat kerja ;

a. Terlebih dahulu baca doa keluar rumah
JANGAN LUPA BACA doa menaiki kenderaan!!
b. untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya
c. supaya anda tidak memandu dalam keadaan terdesak/tertekan
d. apatah lagi memandu dengan laju (membahayakan diri anda & keluarga dan pengguna jalan raya yang lain)

Untuk kenderaan anda :
e. Pastikan pada sebelah malamnya lagi kenderaan berada dalam keadaan baik
f. Hidupkan enjin kenderaan seawal 20 minit sebelum anda bertolak ke tempat kerja lagi
g. Seeloknya kenderaan anda telah dibersihkan dan dilap bersih
(untuk menyokong keceriaan dan motivasi diri)

9. Bila tiba di tempat kerja :
a. Parking kenderaan kita di tempat yang sesuai dan selamat
b. Hulurkan salam dan Hadiahkan senyuman kepada sesiapa yang anda jumpa di tempat parking/dalam lif dll…(INGAT! senyum itu sedekah)
c. Ambil sedikit waktu untuk solat Duha

d. Mulakan kerja dengan Bismillah dan penuh CERIA dan BERSEMANGAT!
e. Hadiahkan senyuman manis kepada kenalan sepejabat anda
f. Anda akan mulakan kerja dengan lebih ceria bila mendengar tazkirah ini pula


BILA ANDA TELAH
LAKUKAN SEMUA DI ATAS…TAHNIAH!
KERANA ANDA TELAH BERJAYA MEMULAKAN HARI ANDA DENGAN CERIA,
SERONOK DAN BERKAT!!!

Sunday, March 15, 2009

MENULIS MENGIKUT MANHAJ AL-AZHAR

Penulisan Ilmiah Berdasarkan Manhaj AI-Azhar AI-Syarif

Oleh Al-Faqir Hairul Nizam Mat Hussein

(Kertas kerja ini dibentangkan dalam Bengkel Penulisan Ilmiah anjuran MANHAL PMRAM pada 28 Februari 2009 di Rumah Selangor Hayyu 'Asyir)

Muqaddimah
Penulisan ilmiah samada berbentuk kajian ataupun perterjemahan suatu sumber ilmu dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain adalah satu tugas yang sepatutnya menjadi kegiatan dan kewajipan setiap penuntut ilmu. Di samping mencambahkan idea dan mematangkan ilmu yang ditimba, hasil tangan yang dikertaskan akan menjadi satu idea yang kekal dan dapat ditatap oleh generasi semasa dan akan datang. Umur manusia yang tidak panjang dapat dipanjangkan melalui tulisan yang diharapkan bakal menjadi pahala berkekalan buat si penulis.

Kematangan ilmu tidak akan berlaku secara cepat. la memerlukan proses percubaan yang lama sehingga seseorang penulis akan matang dalam mengeluarkan fakta. Kematangan ilmu sama sekali tidak akan berlaku tanpa tiga proses utama iaitu:
• proses menimba ilmu daripada para ulama
• proses menterjemahkan idea dan fakta ilmu di dalam bentuk tulisan
• proses perbincangan dan kritikan ilmiah terhadap hasil tangan yang dikeluarkan

Penulisan bukanlah satu kebanggaan yang diinginkan. Penulisan adalah satu amanah yang perlu dinoktahkan atas dasar takutkan Allah, keikhlasan dan memohon petunjuk daripada Allah Taala.

Manhaj Al-Azhar Di Dalam Penulisan

1. Wasatiyyah Adalah Manhaj al-Azhar
• Pegangan aqidah adalah berasaskan aliran Ahli Sunnah (al-Asya'irah dan al- Maturidiyyah).
• Meraikan perbezaan pandangan dalam masalah fiqhiyyah selagi mana tidak bercanggah dengan al-ljma'.
• Tidak cepat untuk menghukum sesuatu pandangan ulama sebaliknya:
memahami kehendak seseorang tokoh,
mencari sudut-sudut yang boleh mengaitkan pandangan tersebut dengan kebenaran
menjelaskan kesilapan pandangan tersebut dengan penuh beradap dengan cara menyandarkan pandangan para ulama lain terhadap pandangan yang salah tersebut


2. Penyalinan Nas Al-Quran Dan Al-Hadith Yang Betul
•Menyalin nas al-Quran daripada program al-Quran Rasam Uthmani.
•Menyalin hadith Rasulullah dengan berhati-hati dan disemak secara berulang-kali.
•Menjadikan kitab-kitab hadith cetakan Jam'iyyah al-Maknaz al-Islami sebagai sumber dalam menyalin hadith.

3. Penterjemahan Teks Arab
• Al-Quran dan al-Hadith yang diterjemahkan hendaklah berdasarkan huraian daripada para mufassirin dan muhaddithin.
• Merujuk kitab-kitab Hasyiah dalam memahami kehendak teks para ulama secara betul.

4. Persediaan Awal Bagi Seorang Pengkaji
• Melengkapkan diri dengan kekuatan ilmu khususnya ilmu-ilmu asas Islam.
• Memahami istilah-istilah yang digunakan oleh para ulama dalam menyatakan sesuatu pandangan. Kesilapan dalam memahami istilah adalah faktor besar kepada kesilapan maklumat.
• WAJIB MENGHADIRKAN DIRI dalam pengajian-pengajian talaqqi yang disampaikan oleh para ulama al-Azhar. Sikap hanya berpada dengan pengajian sesama pelajar dan sikap hanya berpada dengan pembacaan adalah sikap yang mesti dibasrni.
• Membanyakkan pembacaan yang akan menjadi nilai tambah bagi seorang pengkaji.
• Membentangkan pandangan yang difahami dalam sesuatu isu kepada para ulama al-Azhar dalam memastikan maksud sesuatu fakta demi mengelakkan kesilapan dalam memahami sesuatu teks ilmu. Sikap berfikir, bertanya dan bermunaqasyah dengan para ulama adalah satu latihan dalam membina dan mengasah minda sebagai seorang ulama.

5. Sikap Pengkaji Semasa Menulis
• Pengkaji perlu memahami maksud dan tujuan seseorang pengarang dalam penulisannya agar pengkaji tidak mengkritik seseorang tokoh pada tempat yang tidak sepatutnya.
• Pengkaji perlu teliti dan mengambil sikap 'perlahan-lahan' dalam mengambil dan memahami sesuatu fakta. Kegopohan dalam membaca dan menganalisa fakta akan mengakibatkan kesilapan yang memalukan.
• Membaca satu fakta tertentu daripada buku yang pelbagai kerana setiap buku adalah pelengkap kepada buku yang lain.



• Para pengkaji perlu menjadikan kitab-kitab yang diiktiraf dalam sesuatu ilmu sebagai rujukan utama dalam kajian. Contohnya menjadi satu kesalahan untuk menjadikan kitab al-Umm sebagai rujukan utama dalam mazhab al-Imam al-Syafie.
• Kesilapan seseorang pengarang dalam sesuatu pandangan bukanlah penyebab kepada penolakan pandangan-pandangannya yang lain secara total.
• Para pengkaji perlu memahami hakikat sesuatu topik. Ini kerana berlakunya persamaan istilah sedangkan hakikat istilah yang dikehendaki adalah berbeza antara satu aliran dengan satu aliran yang lain. Contohnya istilah al-Wajib di sisi mazhab al-Syafie dan mazhab al-Imam Abu Hanifah. Selain itu, disebabkan ketidakjelasan terhadap sesuatu isu, berlakulah perbezaan pandangan sedangkan rupa-rupanya pihak yang pertama memandang dari satu sudut tertentu yang tidak dipandang oleh pihak kedua yang memandang pula dari sudut yang berbeza. Contohnya hakikat al-Wujud dan al-Ijab.
• Meletakkan satu sikap iaitu "Kebenaran adalah lebih patut untuk diikuti".

6. Amanah Dalam Menulis
• Setiap sumber yang diperolehi hendaklah dinyatakan di dalam nota kaki. Satu KESALAHAN besar apabila sesuatu pandangan tidak disandarkan kepada pengarangnya. SALAH apabila kita menyatakan di nota kaki rujukan yang kita tidak rujuk secara langsung.
• Berhati-hati dalam menukilkan sesuatu pandangan. SATU KESILAPAN apabila kita menyatakan bahawa pandangan tertentu adalah milik seseorang tokoh sedangkan tokoh tersebut hanyalah mendatangkan pandangan tersebut di dalam tulisan beliau tanpa menyatakan bahawa beliau bersetuju ataupun tidak dengan pandangan tersebut.
• SALAH apabila sesuatu fakta ilmu dikutip daripada sumber yang berbeza daripada jenis fakta tersebut. Contohnya fakta fiqh diambil daripada kitab tafsir.

KISAH PELIK TAPI BENAR...

Kisah dua orang yang pelik…


Pada zaman Rasulullah saw. masyarakat hidup dengan penuh aman, tenang dan bahagia di dalam sebuah kerajaan yang menjalankan undang-undang Islam berlandaskan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah swt. dalam Al-Quran. Rasulullah saw. sebagai ketua Negara Islam menegakkan syariat Allah sebagai perundangan tertinggi bagi sebuah Negara yang bebas dan merdeka.

Al-kisahnya pada masa tersebut ada seorang lelaki yang membeli tanah daripada seorang lelaki yang lain, setelah berlaku akad jual beli dan sudah berpuas hati maka masing-masing pun kembali ke rumah. Maka, pada keesokkan harinya si pembeli tanah pun bersiap-sedialah dengan segala kelengkapan untuk mengerjakan tanah yang baru dibelinya itu. Diapun dengan hati yang mekar gembira memulakan kerja-kerja untuk membersihkan tanah tersebut sebagai tempat semaian tanaman.

Sedang asyik mencangkul tanahnya itu, tiba-tiba cangkulnya terkena sesuatu yang keras. Pada mulanya ia menjangkakan yang dicangkulnya itu adalah batu, maka ia cuba mengeluarkan batu tersebut daripada tanah, tetapi tekaannya adalah melesat…apabila semakin digali dan dicangkulnya semakin besar batu yang disangkanya itu. Maka diapun teruskan menggali sehinggalah sesuatu yang mengejutkannya ditemui. Dia dapati sebenarnya bukanlah batu besar yang terdapat dalam tanah tersebut sebaliknya sebuah peti besi.

Dengan penuh kehairanan dan perasaan terperanjat diapun mengambus kembali tanah tersebut takut-takut dilihat oleh orang lain. Selepas itu dia seberapa segera bergegas berlari pergi mendapatkan tuan tanah yang baru dibelinya itu. Setelah menceritakan apa yang telah berlaku maka dia mengajak tuan tanah pergi melihat sendiri peti besi yang pada anggapannya adalah milik tuan tanah tersebut.

Setelah kedua-duanya sampai di tempat itu, maka merekapun sama-sama menggali peti besi itu. Setelah peti besi itu dinaikkan ke atas maka mereka pun membukanya. Alangkah terkejutnya mereka bila melihat di dalam peti besi itu penuh dengan harta karun daripada wang-wang emas, batu-batu permata, barang-barang kemas seperti rantai, gelang dan pelbagai jenis lagi. Lalu berlakulah dialog berikut diantara keduanya ;




Si Pembeli ; “Nampaknya harta karun ini milik saudara, maka saya kembalikan semuanya kepada saudara.”

Si penjual ; “ Tidak! harta ini bukan lagi milik saya. Bukankah saya telah jualkan tanah ini kepada saudara, harta ini dijumpai dalam tanah ini maka sekarang ini tentulah harta karun ini juga menjadi milik saudara.”

Si pembeli ; “ Oh saya rasa tidak begitu. Saya hanya membeli tanah daripada saudara, tidak termasuk harta karun ini. Barangkali tuan hambalah yang menanam harta ini, saudara sudah lupa barangkali.”

Si penjual ; “Oh tidak begitu. Bukankah saya telah menjual semua tanah ini kepada saudara. maka setelah kita bersetuju dan berpuas hati serta berlaku akad antara kita berdua, maka tentunya jual-beli itu termasuklah apa sahaja yang ada dalam tanah tersebut!

Si Pembeli ; “Oh tidak, harta ini milik tuan. Saya sama sekali tidak akan mengambilnya…walaupun harta ini banyak tetapi jika nak dibandingkan, saya lebih takut lagi pada azab Allah

Akhirnya kerana keduanya tidak mahu mengambil harta karun tersebut dan tetap berkeras dengan pendirian masing-masing, maka akhirnya mereka mengambil keputusan untuk membawa kes mereka ini kepada Rasulullah saw. sebagai Ketua Negara Islam Madinah.

Setelah keduanya mengadap Rasulullah saw. maka berceritalah mereka berdua apa yang telah berlaku dari awal sehingga akhir. Bila mendengarkan sahaja cerita mereka maka dengan tidak semena-mena Rasulullah saw mengalirkan air mata, mereka berdua menjadi hairan lalu bertanya kenapa baginda menangis setelah mengetahui apa yang berlaku antara mereka.

Akhirnya, suasana sepi itu berakhir bilamana kedengaran baginda saw. mengungkapkan sesuatu, kata baginda; “Ku merasa begitu terharu dengan apa yang berlaku kepada kamu berdua, tangisanku ialah tangisan kegembiraan…kerana Allah swt. mempertemukan aku dengan dua orang yang seamanahmu di dunia ini, dan juga kamu adalah buahan ranum yang terbit daripada pokok iman yang merupakan anugerah hasil melaksanakan tuntutan Allah swt. dengan menegakkan ‘Undang-undangnya’ di alam ini.





Akhirnya, setelah kedua-duanya masih tidak mahu menerima harta yang dijumpai tersebut, maka baginda dengan penuh kebijaksanaannya mengemukakan cadangan untuk menyerahkan sahaja harta itu kepada ‘Baitul Mal’ iaitu sebuah institusi kewangan terpenting bagi sesebuah Negara Islam. Maka keduanya dengan penuh berlapang dada menerima cadangan bernas daripada Rasulullah saw. tersebut.

Begitulah sebuah catatan kisah yang hebat lagi luarbiasa berkenaan sifat dan sikap ummah terdahulu. Soalnya sekarang, masih adakah lagi umat Nabi Muhammad saw yang seamanah kedua lelaki ini? Yang kedua, kita dapati kisah itu membuktikan bilamana manusia menjalankan segala kewajipan seperti melaksanakan segala peraturan dan hukum Allah swt. maka sebagaimana janji Allah swt. “Nakalan minaLLah” iaitu Allah sendiri memberi jaminan untuk mengawal manusia.

Saturday, March 14, 2009

MARI BELAJAR DENGAN PISANG...

Bila pisang mengajar manusia erti sesuatu…


Sedarkah kita…apa jua yang Allah SWT ciptakan di dunia ini merupakan guru yang boleh mengajarkan kita erti sesuatu…erti kita sebagai manusia, kita sebagai hamba…

Allah SWT berfirman kepada kita…

“Dan pada pertukaran malam dan siang itu (kejadian alam) menjadi tanda bagi kebesaran Allah SWT bagi mereka yang memerhatikannya”

Ceritanya bermula begini…(dan anda pun sebenarnya boleh mencubanya sendiri…)

1. Ambil sebiji pisang (satu dah cukup) masukkan dalam beg plastik dan ikat. Kemudian letakkan dalam handbag/kereta/apa-apa yang anda selalu bawa ke mana-mana

2. Biarkan pisang disitu sehingga 5-7 hari…jangan cuba-cuba melihatnya.
(walaupun anda mula tak suka dengan baunya…)

3. Selepas 5/7 hari keluarkan pisang tersebut daripada beg/tempat yang anda letakkannya itu…

4. Anda pastinya melihat sesuatu…


Apa yang anda lihat??? (semestinya anda boleh mengagaknya…)

Pisang itu sudah buruk…berbau…tidak ada sesiapa lagi yang ingin/boleh memakan pisang yang sudah bertukar menjadi sebegitu rupa…

Apa pengajarannya?

Bukankah pisang itu asalnya elok bahkan sedap pula dimakan…itulah tamsilan hati kita, asalnya suci bersih…tetapi lama-kelamaan ianya menjadi semakin kotor…kesan dan akibat daripada kemaksiatan yang kita lakukan terhadap Allah, lebih-lebih lagi bila hati kita seringkali menafikan kebenaran Islam dan syariat Allah…meninggalkan kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita seperti solat 5 kali sehari, menjaga lidah kita daripada suka mengumpat…memfitnah, mengadu domba, menghasut…dan lain-lain lagi…




Meninggalkan hukum-hakam Islam seperti menutup aurat dengan sempurna (Cth: tak pakai stoking dan mendedahkan tangan yang menjadi aurat bagi perempuan dll lg…)

Nasib baiklah Allah SWT jadikan hati kita itu berada jauh di dalam tubuh kita, bayangkan jika hati kita berada di luar dan nampak pula hitam pekat hati kita yang kotor bersalut dengan maksiat yang kita lakukan….

Jika begitulah yang terzahir, nescaya pastinya orang akan menjauhi kita, jejek dengan kotoran hati yang bersama-sama dengan jasad kita tuu..

So…fikir-fikirkanlah

Sebuah nasihat daripada makhluk yang bernama pisang….

Thursday, March 12, 2009

BAGAIMANA NAK CERGAS...?

PETUA UNTUK MEREKA YANG KURANG CERGAS...

RASA kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.


Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

· Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

· Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

· Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

· Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

· Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

· Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

· Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

· Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

· Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

· Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

· Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

· Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

· Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam.

Wednesday, March 11, 2009

QUNUT NAZILAH & HUKUM BERKAITANNYA...

DALIL & SEJARAH QUNUT NAZILAH


Secara garis besarnya qunut nazilah adalah suatu doa di dalam solat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri kerana malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk penganiayaan, penyiksaan, gempa, banjir, dan sebagainya. “Nazilah, jamak nawazil”, itu sendiri bererti 'malapetaka' (al-Bahuti, Kasysyaf al-Qina', 1/421)

Dalam sejarah Islam, qunut nazilah sering dilakukan baginda Rasulullah SAW dan Khulafa Rasyidin yang empat. Pada permulaan Hijrah, baginda membaca qunut nazilah untuk keselamatan Ayyasy, al-Walid dan Salamah yang berpakat hijrah dengan melarikan diri dari Makkah ke Madinah. (Rujuk hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Dalam kejadian lain, puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan meminta pertolongan Nabi untuk menghantar tentera bantuan dalam memerangi musuh mereka. Baginda mengabulkan permohonan itu dan mengutuskan 70 pejuang Ansar yang dikenali sebagai penghafaz al-Quran pada masa itu. Mereka adalah pencari kayu pada siang hari dan solat tahajud pada malam hari. Ketika tiba di satu tempat bernama Perigi Ma'unah, kawasan al-Najd, puak Arab berkenaan mengkhianati Nabi dan menyembelih semua pejuang utusan baginda itu. Kejadian ini berlaku pada bulan Safar tahun 4 Hijrah. Selepas berita memilukan dan menyedihkan ini, Nabi membaca qunut nazilah untuk kebinasaan puak Ri'l, Zakuan, 'Ushayyah dan Bani Lahyan selama satu bulan. (Rujuk hadis riwayat Bukhari)

Selepas kekalahan umat Islam dalam peperangan Uhud yang berakhir pada Sabtu, 15 Syawal tahun 3 Hijrah, puak 'Adhl dan al-Qarah meminta kepada Nabi orang yang boleh mengajarkan agama kepada mereka. Nabi dengan senang hati mengabulkan permintaan mereka dan mengirimkan 10 orang ustaz di bawah pimpinan 'Ashim bin Tsabit. Malangnya, ketika tiba di kawasan puak Huzail, penipu daripada orang musyrik itu menghadang dan membunuh mereka. Tiga daripada mereka terselamat iaitu Khubaib bin Adiy, Zaid bin al-Datsnah dan Abdullah bin Tariq tetapi mereka menjadi tawanan. Bagaimanapun, mereka akhirnya terbunuh juga kerana sebab masing-masing. Kejadian ini dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Ba'ts al-Raji' atau Utusan al-Raji' dan Rasulullah juga membaca qunut nazilah untuk kebinasaan kedua-dua puak pengkhianat berkenaan. (Rujuk Sirah Ibn Hisham)

Daripada tiga kejadian di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa setiap bala bencana menimpa umat dan juga demi memohon keselamatan umat, Nabi selalu melakukan qunut nazilah. Ini ditegaskan lagi dalam sebuah hadis maksudnya: "Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah rukuk." (HR Ahmad dan Bukhari)

Imam al-Nawawi (w. 676H) dalam kitabnya al-Majmu' menyatakan: "Pendapat yang benar dan masyhur yang ditetapkan majoriti ulama, apabila berlaku bala dan bencana ke atas orang Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak atau serangan belalang atau seumpamanya, bolehlah dilakukan qunut nazilah pada setiap kali solat fardu. Jika tidak berlaku bala bencana, tidaklah perlu qunut nazilah itu."Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunatkan ketika terjadi musibah.

Sunat qunut nazilah ini pendapat ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hambali dan lain-lainnya. Imam Syafie berkata: "Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib.” (Dalam al-Baghawi, al-Syarh, 2/279).

Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni menukil ucapan Imam Ahmad: “Apabila turun bencana kepada kaum muslimin, hendaknya imam melakukan qunut dan diaminkan orang yang dibelakangnya.” (1/450)

Umat Islam adalah satu tubuh jika salah satu anggota tubuhnya sakit, yang lain turut sakit. Kita berkewajipan membantu umat Islam lain yang dalam keadaan musibah khasnya peperangan di merata tempat.

HUKUM QUNUT NAZILAH

Pendahuluan

QUNUT Merupakan masalah khilafiyah yang menjadi sebab pertelingkahan besar oleh segelintir masyarakat Islam.

------------------

Terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai doa qunut, iaitu:

1 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan samasekali. Tidak kira samada qunut subuh, witir dan nazilah (kerana bencana/bala’).

2 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan. Dan mereka ini terbahagi lagi kepada beberapa kelompok:

a . Hukumnya, ada yang mengatakannya sebagai wajib dan ada yang mengatakannya sebagai sunat sahaja.


b . Waktunya, ada yang mengatakan pada sembahyang subuh ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan pada witir, ada yang tidak. Ada yang mengatakan pada semua sembahyang dan ada yang mengkhususkan pada sembahyang tertentu. Ada yang mengatakan hanya ketika berlaku bencana.


c . Tempatnya, ada yang mengatakan sebelum rukuk dan ada yang mengatakan selepas rukuk.

Namun kami tidak berhajat untuk membahaskan semuanya secara terperinci, kerana terlalu panjang. Dan alhamdulillah kami telahpun hampir siap menterjemah fatwa yang panjang lebar mengenai qunut oleh bekas Syeikhul Azhar, al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. Fatwa ini kami kira agak lengkap dan sempurna. Dan di sini kami akan petik pembahasan dari fatwa berkenaan tentang qunut subuh sahaja. Sedangkan yang lain-lain, kami lakukan secara ringkas dan sepintas lalu sahaja. Dan segala nukilan dari kitab-kitab para ulamak yang terdapat di dalam fatwa berkenaan hendaklah dirujuk-kan kepada kitab fatwa: Buhuth Wa Fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Mu’asharah, vol. 3, hal.67-108.


Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan, dalil dan penolakkannya.

Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan: Sepintas lalu

Tidak disyariatkan bermaksud, dilarang melakukannya samada di dalam sembahyang subuh, witir dan qunut nazilah (kerana bencana).
Mereka behujah dengan hadis, antaranya ialah:

1 . Dari Abu Malik al-Asyja’I, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bid’ah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Di dalam riwayat lain: "Apakah mereka berqunut di dalam sembahyang subuh?"

2 . Di dalam satu riwayat al-Nasa’I, katanya (ayah Abu Malik):
Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bid’ah.

3 . Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
Mereka mengatakan bahawa hadis-hadis di atas memberi petunjuk hukum, bahawa qunut adalah bid’ah yang ditegah.


Penolakan hujah menggunakan hadis ini:


Hadis-hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah untuk menafikan qunut, kerana ada juga hadis-hadis sahih lain yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w berqunut. Begitu juga ada diriwayatkan dari Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa mereka berqunut.
Oleh itu…. Kata-kata ayah Abu Malik al-Asyja’I tentang qunut: ["Wahai anakku itu adalah bid’ah."] menunjukkan bahawa dia tidak mengetahui bahawa qunut ada dilakukan.

Jadi… Di sini terdapat dua kumpulan, pertama yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut. Kedua yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berqunut.
Bermakna… Kumpulan pertama tidak tahu bahawa qunut itu pernah dilakukan. Manakala kumpulan kedua tahu bahawa qunut pernah dilakukan.

Oleh itu, orang yang tidak tahu hendaklah mengikut orang yang tahu. Riwayat dari orang yang tahu mesti kita dahulukan dari riwayat orang yang tidak tahu.

Keputusannya: Hujah adalah bagi orang yang tahu. Dengan itu telah nyata bahawa qunut adalah disyariatkan.

Ia adalah penolakan hujah yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hazmin di dalam al-Muhalla terhadap orang yang mengengkari qunut.

-------------

Kemudian terdapat juga sebahagian ulamak yang mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan. Mereka berhujah dengan hadis Anas r.a.:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad).
Namun hujah golongan ini menggunakan hadis di atas tertolak kerana terdapat hadis-hadis lain, termasuk dari Anas r.a. sendiri yang menjelaskan bahawa ia masih dilakukan lagi dalam sembahyang dan keadaan tertentu.

----------

Begitulah secara ringkas penjelasan mengenai perselisihan pendapat mengenai apakah qunut disyariatkan ataupun tidak

Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh dan diskusinya


Qunut Subuh: Bid’ah atau sunnah?

Berikut ini adalah petikan terjemahan kami dari fatwa al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, syeikhul Azhar yang lalu:

Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh
Golongan yang mengatakan pensyariatan qunut di dalam sembahyang subuh telah berhujah dengan hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Ma’unah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim - sahih)

Al-Syaukani memberi komentar terhadap hadis ini, seandainya hadis di atas itu sahih sudah tentu tidak akan berlaku pertelingkahan (antara ulamak), tetapi hadis ini diriwayatkan dari jalan Abu Ja’far al-Razi, dan dia dikatakan orang yang mencampur adukkan dan buruk hafalannya. Ada diceritakan oleh sebahagian ulamak bahawa dia adalah orang yang dipercayai (thiqah) oleh bukan seorang sahaja.

-----

Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)

Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)

Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…
(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu - aL-AHKAM online)
Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
Al-Syaukani berkata: Hadis di atas menunjukkan hukum bahawa qunut tidak disyariatkan di dalam semua sembahyang.


Apabila dihimpunkan (jamak) antara riwayat-riwayat dari hadis Anas di mana Nabi s.a.w. masih berqunut di dalam sembahyang Subuh sehingga meninggal dunia, maka dapat diketahui bahawa yang dikehendaki di sini ialah meninggalkan doa atas orang kafir. Bukan asasnya qunut.
Pengarang Subulus Salam memberi komentar terhadap perkataan "..kemudian baginda meninggalkannya " bermaksud meninggalkan qunut pada selain sembahyang subuh.
Maksud hadis: "Baginda masih berqunut di dalam setiap sembahyangnya"
Kemudian al-Shan’ani berkata: Hadis-hadis dari Anas sesungguhnya bercelaru dan bertentangan di dalam sembahyang subuh (qunut)

Apabila dihimpunkan antara semuanya di dalam kitab Huda an-Nabawi disebutkan: Hadis-hadis Anas semuanya sahih, sebahagiannya membenarkan sebahagian yang lain, dan tidak berlaku percanggahan di dalamnya. Dan, qunut yang disebutkan sebelum rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana membaca al-Quran. Qunut yang disebutkan selepas rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana berdoa. Maka inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selama sebulan berdoa kebinasaan atas satu kaum, atau berdoa kebaikan bagi satu kaum. Kemudian baginda berterusan memanjangkan rukun ini untuk berdoa dan memuji sehingga wafat, sebagaimana yang tersebut di dalam dua kitab sahih (Bukhari & Muslim).

Dari Thabit bin Anas: Sesungguhnya aku masih lagi bersembahyang sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami."
Ini adalah qunut yang dikatakan oleh Anas, di mana Rasulullah s.a.w. masih melakukannya sehingga wafat. Yang ditinggalkannya ialah doa atas kaum-kaum dari kalangan Arab. Ia dilakukan selepas rukuk. Maka yang dimaksudkan oleh Anas dengan qunut ialah memanjangkan berdiri.
Al-Shon’ani melanjutkan: Tidak dapat disembunyikan lagi, bahawa penjelasan di atas tidak sesuai dengan keterangan Anas yang berbunyi ("Maka adapun di dalam sembahyang subuh, baginda masih lagi berqunut sehingga wafat.."). Bahawasanya keterangan Anas ini menunjukkan khusus untuk sembahyang subuh, sedangkan memanjangkan berdiri selepas rukuk umum untuk semua sembahyang.

Kemudian al-Shon’ani berkata: Jamaah ulamak dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahawa doa selepas rukuk pada sembahyang subuh adalah sunat hukumnya, sekalipun mereka berselisih pendapat mengenai lafaznya.

Ibnul Qaiyim berkata di dalam kitab Zadul Ma’ad: Apabila para fuqahak dan ramai orang menjadikan bahawa qunut itu adalah doa yang masyhur "Allahummadini Fiman Hadith..", dan mereka mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. masih melakukannya dalam sembahyang subuh hingga wafat, begitu juga dengan khulafa’ur rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya, lalu mereka (fuqahak & orang ramai) juga memaksudkan qunut pada lafaz sahabat dengan qunut menurut istilah yang mereka gunakan.

Qunut berkenaan ialah doa yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh al-tarmizi, al-Baihaqi dari Hasan bin Ali. Al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis berkenaan bertaraf hasan (baik).

Ibnul Qaiyim menguatkan hadis Anas dengan hadis Abu Hurairah r.a. yang berkata: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling menyerupai sembahyang Rasulullah di kalangan kamu.". Dan, Abu Hurairah berqunut pada rakaat akhir pada sembahyang subuh selepas mengucapkan `samiallahu liman hamidah..’, lalu dia berdoa untuk orang mukmin dan melaknat orang kafir. Dan, Abu Hurairah pula menyukai qunut seperti ini sebagai sunnah, dan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya. Ini adalah sebagai bantahan/penolakan terhadap penduduk Kufah yang memakruhkan qunut di dalam sembahyang subuh secara mutlak, samada ketika berlaku bencana dan kecelakaan ataupun tidak. Mereka mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan dan melakukannya adalah bid’ah.

Kemudian Ibnul Qaiyim menambah: Para ahli hadis bersikap pertengahan antara penduduk Kufah dan orang yang menyukai qunut ketika berlaku bencana/bala’ataupun tidak. Para ahli hadis ini lebih memahami hadis berbanding dua kelompok tadi. Mereka (ahli hadis) berqunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. berqunut. Mereka juga meninggalkan qunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Mereka melakukan dan meninggalkan sebagaimana Rasulullah s.a.w. Para ahli hadis ini berkata: Melakukannya sunat dan meninggalkannya juga sunat.

Oleh itu, mereka (ahli hadis) tidak mengengkari orang yang melakukan qunut secara berterusan. Mereka tidak menghukumkan makruh terhadap orang yang melakukannya dan terhadap orang yang meninggalkannya. Mereka tidak menganggapnya sebagai bid’ah (samada buat buat qunut atau tidak). Mereka tidak menganggap orang yang membuatnya sebagai orang yang menyalahi sunnah, sebagaimana mereka tidak mengengkari atas orang yang mengengkarinya ketika berlaku bencana. Mereka tidak menganggap orang yang meninggalkan qunut sebagai bid’ah. Tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan mereka mengatakan, sesiapa yang melakukan qunut dialah yang paling baik, dan sesiapa yang meninggalkan qunut dialah yang paling baik.

***** intaha*****

Golongan yang berpendapat qunut dalam sembahyang subuh
Imam al-Nawawi al-Syafi’i di dalam Syarah al-Muhazzab berkata: Qunut dalam sembahyang subuh selepas mengangkat kepala dari rukuk pada rakaat kedua adalah sunat tanpa khilaf .

Adapun apa yang telah dinukilkan dari Abu Ali bin Abu Hurairah r.a. bahawa dia tidak berqunut dalam sembahyang subuh, kerana ia telah menjadi lambang kepada sekelompok pembuat bid’ah, itu adalah sesuatu yang salah. Ia tidak dikira dari mazhab kami.

Di dalam menjelaskan mazhab-mazhab ulamak di dalam menetapkan qunut pada sembahyang subuh, al-Nawawi berkata:

Mazhab kami mengatakan bahawa qunut itu sunat samada ketika kecelakaan (nazilah) ataupun tidak. Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan para salaf dan khalaf serta orang selepas mereka. Sebahagian dari mereka yang berpendapat demikian ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman, Ali, Ibnu Abbas dan al-Barra’ bin `Azib r.a. Dan al-Baihaqi telah meriwayatkannya dengan sanad yang sahih. Begitu juga mereka yang berpendapat demikian ialah dari kalangan tabi’in dan orang-orang selepasnya. Inilah juga mazham imam Malik, al-Hasan dan Abu Daud.


Al-Nawawi berkata:
Mereka ini berhujah dengan hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat. (HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)

Mereka berhujah juga dengan apa yang diriwayatkan dari al-Awwam bin Hamzah, katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar, Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)

Begitulah halnya dengan riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Mua’qqal, katanya: Ali berqunut pada sembahyang subuh.

Terdapat di dalam Syarah al-Kabir, karya syeikh al-Dardir al-Maliki: Disunatkan qunut pada sembahyang subuh sahaja.

Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi’ berkata dari Fithr dari Atho’, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa al-Asy’ari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.

Katanya lagi, diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi’ bahawa kedua-duanya bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.


Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…

*** Intaha Jadul Haq ****

----------

Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?


Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya.
(Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1)

Kesimpulan

1 . Para ulamak berselisih pendapat mengenai pensyariatan subuh. Sebahagiannya mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan. Yang lain mengatakan ia disyariatkan. Masing-masing menggunakan hadis sebagai hujah.

2 . Golongan yang mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan berselisih pendapat, bila waktunya ia perlu dibaca? Apakah pada waktu subuh sahaja, atau pada semua waktu sembahyang, atau pada witir sahaja, atau ketika terjadi bencana sahaja.

3 . Syafi’I dan Malik berpendapat bahawa qunut pada sembahyang subuh disunatkan. Manakala Hanafi dan Hanbali berpendapat qunut subuh telah dinasakhkan.


Pegangan kami:


Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.

Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan. Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan di kalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.

Gelaran ahli bid’ah yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti sama sekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.

Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah.

Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik. Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.

Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid’ah yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.

Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:

Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam sembahyang subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Qunut itu bukanlah bid’ah yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja.

Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.

Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah.

Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.
Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana. Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid’ah. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barangsiapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barangsiapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]

Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.
Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.
(Buhuth Wa fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Muashirah, Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, hal.107-108)

SIAPA ZIONISME...???

ANTARA ZIONISME & YAHUDI

Oleh : harunyahya.com
Musim panas tahun 1982 menjadi saksi atas kebiadaban luar biasa yang menyebabkan seluruh dunia berteriak dan mengutuknya dengan keras. Tentara Isrel memasuki wilayah Lebanon dalam suatu serbuan mendadak, dan bergerak maju sambil menghancurkan sasaran apa saja yang nampak di hadapan mereka. Pasukan Israel ini mengepung kamp-kamp pengungsi yang dihuni warga Palestina yang telah melarikan diri akibat pengusiran dan pendudukan oleh Israel beberapa tahun sebelumnya. Selama dua hari, tentara Israel ini mengerahkan milisi Kristen Lebanon untuk membantai penduduk sipil tak berdosa tersebut. Dalam beberapa hari saja, ribuan nyawa tak berdosa telah terbantai.
Terorisme biadab bangsa Israel ini telah membuat marah seluruh masyarakat dunia. Tapi, yang menarik adalah sejumlah kecaman tersebut justru datang dari kalangan Yahudi, bahkan Yahudi Israel sendiri. Profesor Benjamin Cohen dari Tel Aviv University menulis sebuah pernyataan pada tanggal 6 Juni 1982:
Saya menulis kepada anda sambil mendengarkan radio transistor yang baru saja mengumumkan bahwa ‘kita’ sedang dalam proses ‘pencapaian tujuan-tujuan kita’ di Lebanon: yakni untuk menciptakan ‘kedamaian’ bagi penduduk Galilee. Kebohongan ini sungguh membuat saya marah. Sudah jelas bahwa ini adalah peperangan biadab, lebih kejam dari yang pernah ada sebelumnya, tidak ada kaitannya dengan upaya yang sedang dilakukan di London atau keamanan di Galilee…Yahudi, keturunan Ibrahim…. Bangsa Yahudi, mereka sendiri menjadi korban kekejaman, bagaimana mereka dapat menjadi sedemikian kejam pula? … Keberhasilan terbesar bagi Zionisme adalah de-Yahudi-isasi bangsa Yahudi. ("Professor Leibowitz calls Israeli politics in Lebanon Judeo-Nazi" Yediot Aharonoth, 2 Juli 1982)
Benjamin Cohen bukanlah satu-satunya warga Israel yang menentang pendudukan Israel atas Lebanon. Banyak kalangan intelektual Yahudi yang tinggal di Israel yang mengutuk kebiadaban yang dilakukan oleh negeri mereka sendiri.
Pensikapan ini tidak hanya tertuju pada pendudukan Israel atas Lebanon. Kedzaliman Israel atas bangsa Palestina, keteguhan dalam menjalankan kebijakan penjajahan, dan hubungannya dengan lembaga-lembaga semi-fasis di bekas rejim rasis Apartheid di Afrika Selatan telah dikritik oleh banyak tokoh intelektual terkemuka di Israel selama bertahun-tahun. Kritik dari kalangan Yahudi sendiri ini tidak terbatas hanya pada berbagai kebijakan Israel, tetapi juga diarahkan pada Zionisme, ideologi resmi negara Israel.
Ini menyatakan apa yang sesungguhnya terjadi: kebijakan pendudukan Israel atas Palestina dan terorisme negara yang mereka lakukan sejak tahun 1967 hingga sekarang berpangkal dari ideologi Zionisme, dan banyak Yahudi dari seluruh dunia yang menentangnya.
Oleh karena itu, bagi umat Islam, yang hendaknya dipermasalahkan adalah bukan agama Yahudi atau bangsa Yahudi, tetapi Zionisme. Sebagaimana gerakan anti-Nazi tidak sepatutnya membenci keseluruhan masyarakat Jerman, maka seseorang yang menentang Zionisme tidak sepatutnya menyalahkan semua orang Yahudi.
ASAL MULA GAGASAN RASIS ZIONISME
Setelah orang-orang Yahudi terusir dari Yerusalem pada tahun 70 M, mereka mulai tersebar di berbagai belahan dunia. Selama masa ‘diaspora’ ini, yang berakhir hingga abad ke-19, mayoritas masyarakat Yahudi menganggap diri mereka sebagai sebuah kelompok masyarakat yang didasarkan atas kesamaan agama mereka. Sepanjang perjalanan waktu, sebagian besar orang Yahudi membaur dengan budaya setempat, di negara di mana mereka tinggal. Bahasa Hebrew hanya tertinggal sebagai bahasa suci yang digunakan dalam berdoa, sembahyang dan kitab-kitab agama mereka. Masyarakat Yahudi di Jerman mulai berbicara dalam bahasa Jerman, yang di Inggris berbicara dengan bahasa Inggris. Ketika sejumlah larangan dalam hal kemasyarakatan yang berlaku bagi kaum Yahudi di negara-negara Eropa dihapuskan di abad ke-19, melalui emansipasi, masyarakat Yahudi mulai berasimilasi dengan kelompok masyarakat di mana mereka tinggal. Mayoritas orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai sebuah ‘kelompok agamis’ dan bukan sebagai sebuah ‘ras’ atau ‘bangsa’. Mereka menganggap diri mereka sebagai masyarakat atau orang ‘Jerman Yahudi’, ‘Inggris Yahudi, atau ‘Amerika Yahudi’.
Namun, sebagaimana kita pahami, rasisme bangkit di abad ke-19. Gagasan rasis, terutama akibat pengaruh teori evolusi Darwin, tumbuh sangat subur dan mendapatkan banyak pendukung di kalangan masyarakat Barat. Zionisme muncul akibat pengaruh kuat badai rasisme yang melanda sejumlah kalangan masyarakat Yahudi.
Kalangan Yahudi yang menyebarluaskan gagasan Zionisme adalah mereka yang memiliki keyakinan agama sangat lemah. Mereka melihat “Yahudi” sebagai nama sebuah ras, dan bukan sebagai sebuah kelompok masyarakat yang didasarkan atas suatu keyakinan agama. Mereka mengemukakan bahwa Yahudi adalah ras tersendiri yang terpisah dari bangsa-bangsa Eropa, sehingga mustahil bagi mereka untuk hidup bersama, dan oleh karenanya, mereka perlu mendirikan tanah air mereka sendiri. Orang-orang ini tidak mendasarkan diri pada pemikiran agama ketika memutuskan wilayah mana yang akan digunakan untuk mendirikan negara tersebut. Theodor Herzl, bapak pendiri Zionisme, pernah mengusulkan Uganda, dan rencananya ini dikenal dengan nama ‘Uganda Plan’. Kaum Zionis kemudian menjatuhkan pilihan mereka pada Palestina. Alasannya adalah Palestina dianggap sebagai ‘tanah air bersejarah bangsa Yahudi’, dan bukan karena nilai relijius wilayah tersebut bagi mereka.
Para pengikut Zionis berusaha keras untuk menjadikan orang-orang Yahudi lain mau menerima gagasan yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan agama mereka ini. Organisasi Yahudi Dunia, yang didirikan untuk melakukan propaganda masal, melakukan kegiatannya di negara-negara di mana terdapat masyarakat Yahudi. Mereka mulai menyebarkan gagasan bahwa orang-orang Yahudi tidak dapat hidup secara damai dengan bangsa-bangsa lain dan bahwa mereka adalah suatu ‘ras’ tersendiri; dan dengan alasan ini mereka harus pindah dan bermukim di Palestina. Sejumlah besar masyarakat Yahudi saat itu mengabaikan seruan ini.
Dengan demikian, Zionisme telah memasuki ajang politik dunia sebagai sebuah ideologi rasis yang meyakini bahwa masyarakat Yahudi tidak seharusnya hidup bersama dengan bangsa-bangsa lain. Di satu sisi, gagasan keliru ini memunculkan beragam masalah serius dan tekanan terhadap masyarakat Yahudi yang hidupnya tersebar di seluruh dunia. Di sisi lain, bagi masyarakat Muslim di Timur Tengah, hal ini memunculkan kebijakan penjajahan dan pencaplokan wilayah oleh Israel, pertumpahan darah, kematian, kemiskinan dan teror.
Banyak kalangan Yahudi saat ini yang mengecam ideologi Zionisme. Rabbi Hirsch, salah seorang tokoh agamawan Yahudi terkemuka, mengatakan:
‘Zionisme berkeinginan untuk mendefinisikan masyarakat Yahudi sebagai sebuah bangsa .... ini adalah sesuatu yang menyimpang (dari ajaran agama)’. (Washington Post, 3 Oktober 1978)
Seorang pemikir terkemuka, Roger Garaudy, menulis tentang masalah ini:
Musuh terbesar bagi agama Yahudi adalah cara berpikir nasionalis, rasis dan kolonialis dari Zionisme, yang lahir di tengah-tengah (kebangkitan) nasionalisme, rasisme dan kolonialisme Eropa abad ke-19. Cara berpikir ini, yang mengilhami semua kolonialisme Barat dan semua peperangannya melawan nasionalisme lain, adalah cara berpikir bunuh diri. Tidak ada masa depan atau keamanan bagi Israel dan tidak ada perdamaian di Timur Tengah kecuali jika Israel telah mengalami “de-Zionisasi” dan kembali pada agama Ibrahim, yang merupakan warisan spiritual, persaudaraan dan milik bersama dari tiga agama wahyu: Yahudi, Nasrani dan Islam. (Roger Garaudy, "Right to Reply: Reply to the Media Lynching of Abbe Pierre and Roger Garaudy", Samizdat, Juni 1996)
Dengan alasan ini, kita hendaknya membedakan Yahudi dengan Zionisme. Tidak setiap orang Yahudi di dunia ini adalah seorang Zionis. Kaum Zionis tulen adalah minoritas di dunia Yahudi. Selain itu, terdapat sejumlah besar orang Yahudi yang menentang tindakan kriminal Zionisme yang melanggar norma kemanusiaan. Mereka menginginkan Israel menarik diri secara serentak dari semua wilayah yang didudukinya, dan mengatakan bahwa Israel harus menjadi sebuah negara bebas di mana semua ras dan masyarakat dapat hidup bersama dan mendapatkan perlakuan yang sama, dan bukan sebagai ‘negara Yahudi’ rasis.
Kaum Muslimin telah bersikap benar dalam menentang Israel dan Zionisme. Tapi, mereka juga harus memahami dan ingat bahwa permasalahan utama bukanlah terletak pada orang Yahudi, tapi pada Zionisme.

SIAPA PUAK YAHUDI???

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan

Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran

Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

  1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.
  2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.
  3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.
  4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.
  5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.
  6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.
  7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.
  8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.
  9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.
  10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

  • Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
  • Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
  • Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
  • Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.