Selepas rakyat Switzerland mengundi untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara Eropah itu, sentimen Islamofobia di negara-negara lain di Eropah mula menunjukkan wajahnya.
|
إما النصر وإما الشهادة ... HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ISLAM
Selepas rakyat Switzerland mengundi untuk mengharamkan pembinaan menara masjid di negara Eropah itu, sentimen Islamofobia di negara-negara lain di Eropah mula menunjukkan wajahnya.
|
Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara 'sumpahan minyak' di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.
"Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut," katanya.
Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.
Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.
Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, "tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.
Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.
"Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi," katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.
Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.
Buku bertajuk "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time', yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.
Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.
Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.
Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan "sehingga AS$100 bilion" (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.
Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.
Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.
Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.
Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.
Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang 'authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.
sumber : malaysiakini
Allah s.w.t turut memberi petunjuk bagaimana tuntutan syahwat boleh disalurkan melalui cara yang halal.
Perkahwinan adalah amanah bagi setiap individu bagi melahirkan zuriat dan menambah bilangan umat di muka bumi ini.
Perkahwinan adalah sunnah nabi yang penuh keberkatan dan ketenteraman berbanding hidup membujang.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Rum ayat 21 bermaksud: "Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih sayang."
Jodoh manusia adalah ketentuan Ilahi. Jodoh tidak datang kepada kita dengan sendirinya, tetapi perlu seiring usaha dan doa bagi menyunting pilihan hati.
Perkahwinan mempunyai rahsia tersendiri. Jika diamati kehebatan perkahwinan, ia bukan saja dapat menyuburkan perasaan kasih sayang antara pasangan, malah mengembangkan zuriat umat nabi Muhammad s.a.w di muka bumi.
Perkahwinan tidak hanya terhad kepada pasangan daripada satu bangsa, agama atau negara. Kini, perkahwinan campur semakin diterima walaupun belum secara meluas.
Peluang menimba ilmu dan merantau di negara luar menyebabkan ada orang Melayu berkahwin dengan pasangan berkulit putih atau hitam.
Di negara sendiri, ada perkahwinan campur membabitkan pasangan Melayu dengan etnik Cina atau India. Ia adalah perkembangan sihat kerana memberi peluang setiap pasangan mendalami budaya dan cara hidup masing-masing.
Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata perkahwinan campur di negara ini tidak menjadi masalah kerana mereka cukup memahami latar belakang agama Islam serta adat budaya masyarakat di sini.
"Masalah barangkali timbul jika perkahwinan campur ini membabitkan warga asing yang mungkin kurang memahami adat, budaya serta fahaman masyarakat di Malaysia," katanya.
Mohd Farid berkata, perkahwinan campur memang baik, malah dituntut agama, tetapi memerlukan kefahaman yang mendalam kerana ia membabitkan soal berkaitan agama dan adat.
"Namun, terbukti perkahwinan campur melahirkan zuriat yang mempunyai kecerdasan, kepintaran dan kecantikan hasil daripada percantuman gen yang berbeza.
"Perhubungan silaturahim dengan keluarga berbangsa asing terjalin, kaum keluarga dan kerabat semakin besar selain menguasai bahasanya dan budayanya.
"Malah, kita berpeluang berdakwah kepada keluarganya agar dapat menerima Islam sebagai cara hidup yang paling baik di muka bumi," katanya.
Islam tidak melarang umatnya berkahwin dengan orang berlainan latar belakang agama, tetapi perlu menjadi Muslim dahulu.
Dari kaca mata Islam, perkahwinan campur dapat menarik minat orang bukan Islam memeluk Islam. Logiknya, perkahwinan itu satu ibadah, justeru perkahwinan campur membawa kebaikan beribadah.
Perkahwinan campur dapat melahirkan umat Islam yang lebih berkualiti. Mereka memeluk Islam dengan kerelaan sendiri, justeru kekuatan diri mereka lebih utuh dan tidak mudah dirungkai.
Walaupun tiada kajian saintifik, banyak kes yang melaporkan bayi hasil perkahwinan campur mempunyai kecerdasan akal lebih tinggi.
Bagi pasangan yang mahu berkahwin campur, beliau berharap mereka memiliki ilmu termasuk menyesuaikan diri dengan pertembungan agama dan budaya yang berbeza.
"Jika berkunjung ke rumah keluarga yang bukan beragama Islam, si anak perlu memberitahu mengenai jenis makanan yang boleh diambil bagi mengelak salah faham.
"Hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu bapa tidak putus walaupun mereka mengambil keputusan berkahwin campur.
"Saya berpendapat, perkahwinan campur sesuatu yang cukup manis kerana dapat mencantumkan dua budaya dan agama yang berbeza dalam satu acuan Muslim," katanya.
Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat.
Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan.
Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut.
Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewajipan Petronas untuk membayar 5 peratus kepada mana-mana negeri pengeluar minyak seperti termaktub dalam kontrak perjanjian.
Sedangkan katanya, Petronas pada hakikatnya terikat dengan kontrak tersebut dan wajib membayar jumlah 5 peratus dari keuntungan mereka secara terus kepada negeri terlibat.
Tindakan tersebut katanya menimbulkan persoalan dan boleh memberi impikasi yang lebih besar kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain, khususnya Sabah dan Sarawak.
Keadaan Kelantan, Sabah dan Sarawak adalah serupa dan membuat perjanjian sama dengan Petronas.
Jika Kelantan tidak diberi hak royalti persoalan timbul adakah bermakna kedua-dua negeri di borneo itu juga bakal menerima nasib yang sama.
Beliau turut menyelar sikap kerajaan Persekutuan yang dilihat cuba campurtangan terhadap perjanjian yang dibuat antara negeri-negeri pengeluar minyak dengan Petronas.
Tindakan campurtangan itu katanya boleh mengakibatkan rakyat meragui integriti dan keihklasan kerajaan dalam menghormati kesucian kontrak dan undang-undang.
"Saya harus menegaskan bahawa PETRONAS terikat oleh mereka dan bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh campur tangan dalam pemenuhan mereka.
"Jangan bercakap tentang pelaburan untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi, jika kita gagal untuk memahami pentingnya mematuhi kewajipan kontrak," tegasnya.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.
|
SUDUT PANDANGAN… BTN : APA AGENDA SEBENARNYA? Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.
|
Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3
“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”
Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari arafah.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:
“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)
Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,
“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”
Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj
“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi
“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN
1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :
Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah – . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :
“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih)
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,
Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :
“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”
Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.
Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi)
5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.
7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”
dan di dalam riwayat lain :
“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :
“(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.
Makhluk bernama usia penuh dengan keajaiban. Ia sebuah program perjalanan genetik yang berada dalam khazanah kehidupan. Ia tidak dapat dielakkan. Bagaikan tabii sebuah perahu yang menghilir, ia perlahan mengalir.
Dunialah, apa lagi! Tanpa perimbangan dan kawalan agama, tamaknya akan sering melanggar tebing. Ia kerap terbabas.
b) Berpisah dengan keluarga. c) Dibuang ke sumur dalam usia 12 tahun. d) Dijual dan menjadi hamba sahaya. e) Digoda dan dirayu wanita. f) Dituduh memperkosai isteri perdana menteri. g) Dipenjara selama 9 tahun. h) Mendapat kekayaan dan kenikmatan yang melimpah. ) Memaafkan saudara-saudaranya.
a) Dalam usia 13 tahun, beliau dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan bernama Kasturba. b) Dalam usia 19 tahun beliau meninggalkan tanah air bagi menyempurnakan ijazah Undang-Undang. c) Beliau berjanji pada ibunya untuk tidak minum arak, berzina, dan tetap menjadi Vegetarian sepanjang menimba ilmu di London. d) Pada tahun 1891, beliau kembali ke tanah air dan memulakan langkah permulaan kerjayanya di Bombay dan Rajkot. e) Pada tahun 1893, beliau telah berhijrah ke Selatan Afrika untuk menegakkan keadilan di sana. Beliau menetap di sana selama 12 tahun dan menubuhkan satu parti Natal India Congress untuk memulihkan kehidupan rakyat India di sana mengikut hak-hak keadilan dan tanpa pencabulan hak asasi manusia. f) Pada 1914, beliau kembali ke tanah air, dan menubuhkan Satyagraha Ashram berhampiran Ahmedabad. Dipengerusikan oleh G.K. Gokhale dan Lokmanya Tilak, beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh golongan professional. Selepas itu, beliau mulalah menjejakkan kaki dalam kancah politik. g) Beliau memperkenalkan tiga gerakan dengan satu matlamat untuk bebas daripada peraturan dan undang-undang British. Yang pertama ialah Non-Cooperation Movements, objektif penubuhannya adalah untuk mengembalikan keamanan di tempat itu melalui pemboikotan barangan-barangan yang diimport, mahkamah British dan sekolah-sekolah di bawah pentadbiran British, dan menggalakkan penggunaan barangan tempatan. h) Yang kedua, ialah dengan menggerakkan Civil Disobedience Movement yang telah ditubuhkan pada 6 April 1930. Sebagai permulaannya Gandi March atau Satyagraha telah digunakan untuk menentang Undang-Undang Garam British; dan beliau mengarahkan pengikutnya untuk menghasilkan garam sendiri. i) Yang ketiga, beliau telah menubuhkan Quit India Movement pada tahun 1942, dengan mendesak pihak British berundur dari negara itu. Selepas pihak British berundur, India telah mencapai kemerdekaan pada 15 Ogos 1947. j) Pada 30 Januari 1948, beliau berakhir di muncung senapang seorang communalist. Merumuskan kepimpinan Gandhi, Pandit Jawaharlal Nehru sempat berkata begini: "The light has gone out of our lives and there is darkness everywhere." Kembali kepada kisah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, beliau kini dicadangkan oleh Zaid Ibrahim, pengerusi penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM) untuk mempengerusikan PRM bagi mencontohi sifat kepemimpinan Gandhi.
"Saya telah tua sekarang ini, dan hanya boleh membaca kepala angin samada ribut atau hujan akan turun berdasarkan pengalaman saya. Saya boleh baca contohnya jika air berombak, saya akan menyatakan mungkin ada tunggul di bawahnya. Tapi jika saya hendak mengangkat sauh sendiri sekarang ini saya sudah tidak berdaya melakukannya. Begitu juga hendak mengangkat dayung atau turun mencampakkan sauh pun saya tidak mampu. Orang lainlah yang perlu melakukannya. Jadi, saya hanya boleh baca kepala angin. Ini kerana terdapat angin yang bawa ribut atau hujan berdasarkan pengalaman saya yang ada."
|
Jawapan;
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد
Menurut Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam kitanya Sabilal-Muhtadin; “Pendapat anak-anak murid Imam Syafi’ie kalau seseorang menyembelih seekor kambing diniatkan korban dan aqiqah maka keduanya tidak sah. Inilah yang disebut oleh Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah…. Namun menurut Syeikh Ramli di dalam kitab Nihayah, kalau seorang menyembelih seekor kambing berniat untuk dijadikan korban dan aqiqah, maka sahlah keduanya”.[1]
Pandangan Syeikh Ramli itu bersamaan dengan pandangan ulama’-ulama’ mazhab Hanbali di mana mereka berpendapat;
“Jika bertepatan hari korban dengan hari aqiqah, maka mencukupi satu sembelihan bagi kedua-duanya sebagaimana jika bertepatan hari raya dengan hari jumaat, maka mencukupi sekali niat mandi sunat untuk kedua-duanya”.[2]
Wallahu A'lam.